Assalamualaikum rakan steemian semua..
Aku sudah mula belajar balik ke tahap yang Tinggi..
Cakap soal belajar... jeng jeng jeng. Aku nak perkenalkan tempat menyambung pelajaranku . Hohoho. di mana akan ku sambung belajar?
UiTM Tapah.
Yess... UiTM Tapah, Perak. Daerah Padang Batang.
So, dengar-dengar UiTM Tapah ni baru lagi buka. Dalam tahun 2014. Sekarang dah 2017, dalam empat tahun juga UiTM Tapah ini beroperasi.
UiTM ini ada tiga fakulti iaitu Fakulti Perakaunan, Fakulti Sains Komputer dan Matematik dan Fakulti Sains Gunaan iaitu kos yang aku amik.
Tempat ni style macam pedalaman tau T_T. Sedih tak sedih? Nak pergi pekan Tapah dalam 10 minit. Jaraknya dalam 12km. Haa... jauh tak jauh? Student kena amik teksi nak pegi pekan atau senior pun buat kereta sapu. Senioriti dekat UiTM Tapah ni sumpah tak tinggi. Agak menarik juga kan? Kat tempat lain tak taulah macam mana.
Apa yang ada dekat pekan?
Kat pekan tu tadelah sedih mana. Kalau korang lepas SPM pastu tercampak dekat UiTM Tapah ni, sepatutnya korang bersyukur sebab UiTM ni betul betul betul tempat ngaji dan bukanlah tempat yang boleh melagha sangat. Dekat pekan ada la KFC, Pizza Hut, dan Secret Recipe. Kalau nak beli barang peribadi, makanan and so on, Watson, TF, dan ECO. Cuma penat jalan sahaja. Hohoho.
Harapan
Semoga semuanya berjalan dengan lancar semasa pengajian aku di sini. Doakan saya ye kawan-kawan. Mungkin aku akan jarang berada di #steemit ,tetapi aku akan kongsikan pengalaman aku belajar di sini.
Penghargaan
Terima kasih kepada ibu dan ayah yang sentiasa menyokong ku dari belakang,kepada kakak ku @zamifara terima kasih kerana berusaha menanggung yuran dan perbelanjaan ku di UiTM kelak.